10/17/11

Rukun Tetangga

Waktu sekolah dulu perkara yang paling aku tak berapa gemar ialah perhimpunan. Walaupun seminggu sekali, bagi aku perhimpunan ini memang membazir masa!

Nak kena beratur. Tak boleh bising. Kena 'spot check' baju segala.

Perhimpunan selalunya akan di penuhkan dengan agenda ucapan dari guru-guru membebel mengenai pencapaian, disiplin dan kasut. Ya, kasut. Sekolah aku masa itu sedang 'up' kasut 'season'.

Setelah selesai membebel, ada pula sesi karaoke secara jemaah dan taburan janji-janji palsu yang dilafazkan sambil mengangkat tangan. Sebelum itu pengacara, yang terdiri dari pengawas akan mengumumkan aturcara majlis.

Seumur seksaan aku ketika perhimpunan ada satu peristiwa yang aku ingat sehingga sekarang. Masa itu baru sahaja dilantik pengawas baru. Kiranya yang menjadi pengacara pada hari itu ialah pengawas junior.

Bertudung biru, serta  baju kurung biru, pengacara junior naik ke pentas dengan comel sekali. Mic di ketuk beberapa kali tanda cubaan.

"Selesai sudah ucapan dari Cikgu Polan Bin Polan. Sekarang tiba pula untuk acara lafaz rukun tetangga"

RUKUN TETANGGA??

Berdekah-dekah aku ketawa sampai air mata terkeluar. Perut pun sakit sebab ketawa tak berhenti. Epic, sangat epic perhimpunan pada hari itu. Hilang terus kecomelan di wajah pengacara tersebut.

No comments: