8/28/11

Hari Raya: Pertama Kali


Tinggal lagi sehari sahaja lagi untuk umat Islam ubtuk meraikan Hari Raya. Hari yang dianggap sebagai hari 'Kemenangan' bagi semua penganutnya. Entah dari segi mana kemenangannya itu aku tidak dapat lihat dengan jelas. Yang lelaki masih ada lagi yang tak puasa, paling kurang pun ada yang tidak menjaga mata. Yang perempuan pula galak mendedahkan celah dada, mengumpat di depan meja.

Hari Raya pada tahun ini bagi aku adalah seperti tahun-tahun yang lalu, cumanya ada beberapa perbezaan atau aku lebih senang dengan ungkapan 'perubahan'.

Jika sebelum ini aku dengan gembiranya menadah tangan meminta duit raya, tidak pada tahun ini. Aku yang bekerja akan diserang bertubi-tubi oleh anak buah, anak kepada anak buah, anak kepada anak kepada anak buah, semua manusia yang ada 'buah'. Sampai termimpi-mimpi aku diserang manusia yang ada 'buah', meminta duit raya.

Julung kali juga aku balik kampung pada malam raya, tapi tahun ini aku terpaksa. Kesian juga pada Mak kena bekerja keras buat ketupat, rendang, kari, lamb chop, beef steak dan juga sirloin steak. Disebabkan tanggungjawab pada mangsa eksiden, aku kena juga bekerja pada hari terakhir puasa. Buat kerja sambil dengar lagu raya dari Sudirman.

Tahun ini sangat berbeza dari yang sebelumnya. Aku dah besar. Dah ada kerja. Sudah kena bayar zakat sendiri. Kena juga kumpul duit untuk kahwin dan raya. Tahun ini Hari Raya aku berbeza. Sangat berbeza.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


No comments: