11/11/11

Tips Membeli Insurans

Ni aku nak kongsi sikit tips untuk kalian yang ingin membeli insurans. Dengan erti kata lain lepas ni harap-harap tiada yang kena maki dengan aku sebab kelalaian sendiri.

1) Sila selidik penjual insuran yang anda jumpa. Minta identiti diri, kalau yang jual itu ialah agen sila minta salinan IC dia. Kalau berlaku penipuan anda boeh membuat laporan.

2) Dapatkan keterangan lanjut mengenai polisi yang anda ingin beli. Contoh : Insuran kereta, berapa harga pasaran kereta anda, perlindungan tambahan lain dan jangan sesekali membeli insuran kenderaan di bawah harga pasaran! Bagi insuran kemalangan diri pula sila kenal pasti perkara-perkara yang akan dilindungi.

3) Kenal pasti syarikat insurans, dapatkan nombor untuk dihubungi jika ingin membuat tuntutan dan pertanyaan. Jangan nanti silap telefon syarikat insuran, ada yang kena maki nanti.

4) Ambil tahu prosedur ketika ingin membuat tuntutan, jangan sampai anda sesat dan tidak boleh buat tuntutan.

5) Bagi yang Islam, digalakkan mengambil insuran takaful.

6) Telefon bahagian tuntutan untuk mengetahui perkara-perkara yang boeh dituntut ketika berlaku peristiwa. Jangan percaya 100% kepada penjual sangat.

Buat masa ini aku beri enam tips dulu, nanti kalau aku terlintas di fikiran aku tambah la.

Sekian.

p/s: Sebarang pertanyaan boleh dibuat di FB.

No comments: