7/2/11

Misteri Tandas Berbau

"Wan, kau berhenti kat stesen minyak mana-mana"

"Apasal?"

"Aku dah berdaya menahan kencing lagi ni"

Itulah antara dialog terawal sebelum aku memasuki tandas yang mungkin tak akan pernah aku jejak buat selamanya.

Setelah Wan memberhentikan keretanya di salah sebuah stesen minyak Shell di Taman U, Skudai, aku meluru ke dalam sebuah 7E yang terdapat di stesen itu. Aku bertanyakan kepada pekerja yang ada disitu lokasi tandas yang berada di stesen minyak tersebut.

"Kat dalam bang,kat dalam" balas pekerja itu sambil tersenyum sinis.

Reka bentuk muka pekerja itu aku tak berapa nak cam, sebab aku dah kelam kabut nak terpancut. Aku berlari, mencari lokasi tandas yang dinyatakan tadi.

Di satu sudut yang terpencil. Di bahagian belakang kedai. Di hujug rak-rak jajan. Disitulah lokasi tertulisnya 'TOILET'. Sinar terpancar dari mata. Aku meluru, berlari masuk ke tandas.

Langkah pertama aku jejakkan kaki kedalam, langkahku terhenti. Suasana yang tak berapa bagus kelihatan di tandas tersebut. Dengan bau yang menusuk hati dan perasaan memang boleh mematahkan niat belia seperti aku untuk melepaskan hajat.

Aku tabahkan diri, berdoa agar paru-paru aku tidak rosak kerana bau itu dan mataku tidak buta dengan pemandangan tersebut. Di dalam tandas tersebut ada tiga pintu jamban. Pintu yang ketiga tertutup, mungkin ada orang yang menggunakan. Tengah. Aku memutuskan untuk masuk ke pintu tengah. Sempat juga aku keluarkan sebatang Winston dalam perjalanan ke pintu tengah.

Aku lalu dan aku dapat lihat jamban pertama, jamban cangkung dan ada spender di sebelahnya. Mungkin empunya spender tu terkincit. Itu pasal dia buang.Tandas tengah pula jamban duduk. Bersih sikit dari jamban pertama tadi dan yang ketiga punya jamban tutup.

Dengan lafaz basmallah aku masuk ke jamban tengah. Belum pun sempat aku melangkah tiba-tiba muka aku rasa panas yang amat. Bulu roma menjadi seperti lelaki datang nafsu syahwat dan hati pula rasa tak bes.

Tak jadi.

Aku rasa lain macam dan pergi jamban yang pertama sebab memang dah nak keluar sangat gayanya kencing ni. Sambil berselawat aku pancut. Aku toleh kiri kanan, ok tiada apa. Keluar dari jamban aku tak pandang langsung cermin seperti mana biasa. Aku lari terus ke kereta dan suruh Wan bergerak.

Rokok tak sempat dinyalakan.

*Aku rasa masa aku taip ni ada sesuatu di belakang aku....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oh, Wan rupanya. Sedang tidur nyenyak Fiuhh

No comments: