6/27/11

Seluar Jeans

Dari aku sekolah hinggalah sekarang, kemana-mana mesti pakai seluar jeans. Bagi aku, aku minat seluar jeans buatan Amerika. Bukanlah aku ini bercitarasa mat saleh atau mat saleh celup. Ada sebabnya kenapa aku minat seluar jeans keluaran negara Pak Cik Sam itu.

Bagi aku, seluar jeans buatan Amarika ni kukuh strukturnya, gagah perkasa materialnya seperti gagahnya senjata lelaki ketika aktif. Tahan lama, tertanam berpuluh tahun di perut bumi pun masih utuh dan boleh dipakai(itupun kalau boleh tahan gatal debu).

Jika dibandingkan dengan jeans buatan negara Matahari Terbit, jeans keluaran Amarika sudah tentu tiada 'hip' nya.Kalau dari jauh kelihatan 'dull' sekali.

Ok,sampai sini dulu.Idea aku dah hilang dek kerana Pipi bawa balik keropok lekor.

No comments: