Harry Potter And The Deathly Hallows, salah satu filem yang dinanti ramai aku rasa dek kerana penangan sebelum ini. Filem yang bakal keluar pada 17.11.2010 ini mungkin akan membuat pak cik tukang sembelih lembu tiada masa korban layan filem ni di panggung.
Bagi aku yang bukan pengikut tegar Harry Potter sememangnya tiada perasaan bila filem ni nak keluar. Tapi tadi aku nonton juga previewnya. Beberapa aspek Harry Potter 7 menarik minarik minat aku.
Cerita yang berkisarkan waktu gelap Harry Potter mempunyai jalan cerita yang agak menarik tetapi aku rasa macam ada kosong sedikit di beberapa bahagian. Dengan menyelitkan unsur-unsur jenaka dan sedih , aku rasa Harry Potter 7 yang disutradara oleh David Yates ini suka bermain emosi penonton. Ada juga terselit adegan seperti dalam filem Mummy, Batman, dan Santa Claus. Ada juga bahagian dimana director cuba selitkan unsur seram, terkejutkan penonton macam Paranormal Activity. Dan ending Harry Potter? Macam feel Band Of Brother. Haha. Aku dapat merasakan yang pengarah ingin menyelitkan unsur teka-teki didalam filem ini, memikirkan apakah Deathly Hallow tersebut.
Dari segi sinematografi, aku merasakan biasa sahaja. Pencahayaan yang tidak membuat aku rasa kagum sangat sebab ada lagi filem yang bagus, tetapi penggunaan kamera atau teknik kamera ada juga yang boleh tahan. Seperti bereksperimen dengan zoom kamera, kabur dan jelas dimainkan dalam beberapa babak. Yang lain biasa sahaja.
Watak dalam Harry Potter 7 ini bagi aku yang tak ikut siri Harry Potter ini mungkin ada sedikit blur kerana ada beberapa watak yang tidak jelas peranannya dalam filem ini. Mungkin bagi yang membaca buku Harry Potter tahu lebih lanjut hal ini. Seringkali juga dengar pengikut tegar Harry Potter mengeluh kerana filem berlainan dari buku. Kalau dilihat dari buku yang dihasilkan memang tak jadi la nak buat filem dengan durasi 2 jam setengah. Tebal bukunya!(Dan itu menjadi sebab aku tak baca buku itu)
Kesimpulannya, bagi aku filem Harry Potter 7 ini memang berbaloi untuk ditonton. Dengan durasi 2 jam setengah yang tidak membosankan(kerana ada terselit jenaka dan terkejut). Walaupun pengakhiran cerita aku dapat teka, masih Harry Potter 7 ini memberikan efek kepada penonton. Aku bagi cincai 9/10 la untuk filem ini, ikhlas ni walaupun ada kawtim sama pengedar.
2 comments:
ada sapa2 mati? ops, takpe..aku nak tengok sendiri khamis ni..
ada,mad eye.
Post a Comment