Ahad, 21 November 2010.

Pyan Habib ajak lepak kedai teh tarik sedap di Jalan Masjid India. Katanya teh tarik stail 70 an punya rasa. Port dia sejak dari zaman muda lagi. Roti canai pun sedap, tambahnya lagi.
Dari acara Chow Kit Kita, aku, Vovin dengan Pyan Habib terus kesana. Dan semestinya Pyan Habib dan Vovin tunjuk jalan sebab aku tidak berapa mahir lagi jalan KL. Aku letak kereta aku depan kedai kain dan terus mengikut Pyan Habib ke tempat yang dituju.
Kedai yang tidak bernama, tapi ramai orang yang makan disitu. Rata-rata orang tua. Aku seorang sahaja yang masih muda dan hip di kedai itu. Ter tarik dengan roti kosong dipesan buat mengisi perut yang bergelora kelaparan dari pagi tak makan.
Aku tertarik dengan pemandangan di kedai itu. Satu spot yang bagus bagi fotografer untuk mengambil gamabr suasana dan juga KLCC. Cantik. Dengan bulan berada ditengah-tengah bangunan KLCC cukup untuk menarik banyak orang untuk mengambil gambar dengan telefon mudah alih. Termasuklah Bangla.
Teh tarik sampai. Aku hirup perlahan, panas. Sambil pejamkan mata aku menikmati rasa teh tarik yang mamak tu buat. Betul kata Pyan Habib, sedap. Rasa seperti masa aku sekolah rendah dulu, kedai roti canai di Fountain, Kluang. Rasa teh tarik klasik. Roti canainya pula antik. Kuah dal dengan sambal yang lain dari kedai mamak yang pernah aku kunjungi.
Selesai sudah makan, kami beredar dengan satu misi. Minggu depan datang lagi, dengan persediaan kamera yang lengkap untuk ambil gambar.
Antara gambar-gambar yang sempat diambil oleh telefon mudah alih cap LG buatan Korea aku;





2 comments:
wow...kene pegi ni ...
nak ikut!
Post a Comment