11/15/10

Comolot New York

"Dinda, antara KLCC sama kanda, dinda pilih yang ,mana?"

"Sudah tentu dinda pilih KLCC, tegak dan mantap!" jawab awek kepada mamat yang muka macam pecah rumah dengan semangat patriotik sekali.

"Hohh? KLCC?!.Ahh, kita clash sekarang!" marah mamat yang muka macam pecah rumah tersebut. Terngiang-ngiang lagu The Clash, 'London Calling'. Tapi ini bukan di London, maka ditukar tajuk itu kepada 'New York Calling".

Bila didengar sahaja ayat yang keluar dari mamat tersebut maka mulalah berjujuran air mata sang gadis yang juga tidak seberapa lawa, apatah lagi cantik.

"Alaaaa..Kanda..Dinda main-main je. Jangan la serius sangat kanda. I play play, kidding kidding je" si awek terus memeluk mamat muka pecah rumah. Menyesal tak sudah sebab si awek sudah tersalah bagi jawapan.

"Ahhh, banyak la kau main-main. Gua serius ni. Dont play play with me arr" si mamat muka pecah rumah pula tetap dengan egonya. Marah bukan main sampai masa ni keluar perkataan 'gua lu', sebab trend zaman sekarang kalau marah, dua perkataan tu wajib digunakan. Kalau tidak macam marah kosong, tiada bunga dalam kemarahan.

"Kanda..jangan la macam ni. Puhhliss la..Eh eh, kali ni aja dinda buat silap. Mari kita comolot, mari" tergugat juga awek ni bila si mamat muka pecah rumah tadi keluarkan statement sebegitu rupa. Dimuncungkan mulutnya,dengan sepantas kilat si awek mencium mamat muka pecah rumah tu. Feel. Feel sampai tak perasan orang lalu-lalang disekitar mereka. What a love.

Ahh..ini New York. Orang boleh cium dimana-mana saja. Steady.

2 comments:

Unknown said...

memang bukan budak new york arr...
sebab budak new york pun tahu jaga kemaluan...
ni mesti budak KL ni...

Anip said...

hahaha.syok juga dapat buat short New York Kiss ni