Parti Komunis Malaya,PKM sebuah persatuan popular dahulu kala. Kehebatannya mengalahkan Sindiket Sol-Jah, Frinjan, JOHO dan seangkatannya. Cakap sahaja komunis semua orang kenal, jenis atuk-atuk dan nenek-nenek buat stock cerita kat cucu masing-masing.
Kebiasaannya setelah selesai satu tugas menulis kat opis aku akan turun bawah hisap rokok. Sudah termaktub dalam polisi syarikat tak boleh merokok dalam opis, ini bukan kedai mamak. Jadi, tempat afdal bagi perokok-perokok tegar macam aku adalah dibawah tangga sebelah kedai baiki kereta.
Sedang aku menyalakan sebatang rokok Dunhill berharga RM8.50, datang seorang lelaki mat saleh kesebelah aku.
"Do you have any ciggarete? I want buy one" tanya mat saleh tu. Ahh..berdebor pula rasanya, lama juga rasanya aku tak gunakan bahasa asing ni, lagi-lagi bahasa Inggeris. Memang bukan stail aku nak cakap Inggeris walau duduk di KL ni.
"Err..err, yes. I have Winston,mau?Eh, you want one?" Aku menjawab dengan nada terketar-ketar. Setiap baris perkataan yang nak dikeluarkan aku fikir dulu, betul ke tidak perkataannya, tatabahasanya dengan susunannya. Rasa dah macam ambil balik peperiksaan MUET!
"Yes,yes. I like Winston. Here's the money" bersungguh-sungguh mat saleh ni membalas sambil menghulur satu kertas bernota RM1. Adalah diingatkan, usia mat saleh ni dalam lingkungan 50-55 tahun.
"Eh eh, no bai, no bai. Free sir, its free" jawab aku dengan penuh keikhlasan.
"Ohh, thanks young man. You're such a gentleman"
"I'm no gentle sir. I'm strong and hard, very very HARD" jawab aku kepada mat saleh tersebut, percubaan pertama aku membuat lawak stail bahasa Inggeris. Mat saleh tu terdiam,senyap, muka blur. Sah, dia tak faham lawak yang aku cuba buat.
Mat saleh tu duduk disebelah aku sambil menghembus-hembus kepulan asap dari mulut. Pelbagai pertanyaan ditujukan kepada aku. Payah juga nak menjawab, asyiknya tersalah ayat je aku bagi kat mat saleh tu. Mencacatkan lagi komunikasi kami.
Maka sampailah pada satu ketika perbualan kami, aku bertanya adakah dia dulu seorang askar. Dilihat dari susuk tubuhnya yang besar aku meneka dia seorang askar pada zaman Jepun dahulu kala.
"Nope, i'm not a soldier. At the time of World War 2 i was like 10 years old and i go through everything"
"Oh yeah? Then how was it that time sir?" menaik juga nak dengar cerita pasal perang di Malaysia dari mulut orang putih sendiri.
"There's a friend of mine, he had a story on communist,PKM. At that time communist was dangerous, they will shoot you anytime. Their camp also high with security,have a fence. Then one day, there was something touch the fence. And the tin that hung at the fence ring, they all blindly shoot at the fence because it's night" terhenti seketika mat saleh tu,menunggu tekaan dari aku.
"That man died sir?"
"No, it wasnt a man. It's a wildboar!" cehh,mati-mati aku ingatkan orang mati kena tembak. Rupanya babi hutan. Tak thrill langsung. Tapi boleh tahan juga mat saleh ni punya cerita. Cerita-cerita kecil yang tidak ada dalam sejarah.
Aku bertanya kepada mat saleh tersebut kalau-kalau dia mahu dibukukan cerita pasal PKM ni. Dan jawapannya ialah "YES!".
"I know a good publisher if you want to make a book about PKM. Its called Dubook, they have produced a lot of books. And one of their book have go world standard"
"What was the title of the book?" tanya mat saleh tu, mungkin mahu mencari di kedai buku MPH tidakpun Kinokuya.
"Cerita Piala Dunia. Its about World Cup" jawab aku penuh dengan keyakinan. Mat saleh tu pun terpegun sebentar, rupanya ada penerbit tempatan sudah bikin buku bertaraf dunia.
"Ok then, i'll email you later about the book" kata mat saleh tu lagi. Rokok yang tadi aku hisap sudah menjadi puntung. Aku campakkan ke longkang dan meminta izin untuk masuk balik ke opis. Aku duduk di depan komputer, sambung kembali kerja. Tulis tentang 'dR.Rozmey nak ambil Pamela Anderson berlakon tahun depan'.
1 comment:
keh keh.
beb.
ni lu tibai mamat omputeh ke apa?
pencerahan sikit?
Post a Comment