10/16/10

Deepnya Sebuah Seksualiti

"Babam, ambil gambar. Pegang ini." Zulhabri meminta Babam, salah seorang ahli Local Drug Store bergambar bersama sebuah buku yang menarik perhatian aku.

Ya, sangat menarik. Dari jauh buku itu dah berjaya menarik perhatian aku. Buku Hai versi Indonesia edisi khusus : Seks dan Sekolah. Ya, SEKS dan SEKOLAH. Menarik betul tajuk hadapan buku Hai tersebut. Menaik menaik.

Aku membawa buku itu sekali tatkala lepak di kedai mamak Maulana, berhampiran rumah Frinjan. Aku baca isi kandungan yang terdapat pada buku tersebut, menarik. Pelajar memberi soalan yang berkenaan seks. Seperti saiz penis rakyat Indonesia,tahap kualiti sperma dan banyak lagi. Sememangnya tulus tiada tapisan yang terlampau.

Buku itu menarik minat untuk aku membincangkan di meja kopi kedai mamak Maulana tersebut. Maka terbincanglah antara sembilan orang yang ada disitu, Chealsea lawan Everton punya perlawanan pun tak berjaya menarik perhatian mereka. Memang deep, sangat deep.

Bermula dengan isu perkahwinan sehinggalah isu gay dan lesbian diperbincangkan dengan begitu mendalam. Ini bukan lepak kosong, penuh dengan ilmiah gayanya.

Brader berambut panjang berkaca mata yang ku lupa untuk bertanya nama mengeluarkan quote "ramai berkahwin awal untuk mengisi kekosongan dan trauma usia, bukan sangat kerana kasih sayang". Ahh, ada benarnya juga kerana kebanyakan yang berkahwin adalah kerana dah sampai usia, rakan-rakan dah kahwin, dan sebagainya. Tiada yang memberi alasan kerana sayang, perkara yang begitu penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

'Berlakunya lesbian kerana perempuan memahami perempuan, sesuatu yang tidak akan boleh dilakukan sang lelaki terhadap wanita', tibalah pula part homoseksual. Kenapa ada kejadian sebegini rupa. Hal-hal yang berlaku di barat dan sebagainya. Isu ini dikupas sedalam yang mungkin, diselangi dengan gelak ketawa bila masuk bahagian yang memang boleh buat pecah perut. Isu saiz zakar dan sebagainya menjadi perbualan hangat. Pentingkah saiz yang besar dan kenapa perlu bersunat. Aku hanya mendengar, kadangkala selit sikit dengan ayat-ayat yang membina minda. Satu isu yang tidak boleh diambil enteng.

Maka keluarlah quote dari Vovin, 'sunat menjadikan kote lebih handsome'. Ya, ini lawak. Tapi ada benarnya.Vovin menerangkan dari segi kesihatan dan fizikal penis itu sendiri. Memang tergelak kuat juga aku mendengar penjelasan yang begitu menjurus ke jalan yang benar.

Dalam sejam lebih kami lepak di mamak itu aku rasa apa yang dibincangkan boleh dikumpul untuk membuat buku. Ada tujuh penulis,memberi hujah masing-masing.Masing-masing serius dengan isu yang dibincangkan.

Jam menunjukkan 2.45 pagi. Ikut gaya kalau dibincangkan lagi boleh sampai ketengahari jawabnya. Kami bayar duit kopi dan beransur membawa haluan masing-masing dengan pemikiran yang sama tentang seksualiti.



Kredit kepada: FB Zulhabri atas quote yang di 'post'.

No comments: