10/11/10

Chot

Petang itu sungguh panas sekali.Teriknya,yarabbi,susah hendak diterangkan dengan kata-kata. Kaki Chot terasa panasnya. Macam mahu melecet dek kerana panas. Chot selalunya tidak memakai apa-apa dikaki bila berjalan. Kalau kena panas memang terus terasa ke reseptor kesakitan.

Chot masuk ke rumah. Tidak tahan lagi akan kepanasan dunia. Peritnya tidak terkata. Melecur tapak kaki Chot.

"Paneh..paneh" seloroh Chot pabila masuk ke rumah.

Pandangan pertama Chot terjurus ke arah 'jug' berisi air Ribena. Terliur. Slurppp, sedap rasanya bila dapat minum Ribena fikir Chot lagi.

Chot terus berlari mendapatkan air Ribena diatas meja. Perasaan haus sudah tidak boleh ditanggungnya lagi.

Prangg!

Berderai kaca diatas lantai. 'Jug' air Ribena jatuh ke atas lantai yang beralaskan jubin dari Ceramic World. Tamak sehingga lupa nak berhati-hati. Rugi, rugi air Ribena tersebut.

Turunlah seorang wanita dari ruang atas. Kelihatan rotan di tangannya. Chot tidak tahu dia dalam bahaya. Chot tidak kisah, Chot hanya tahu dia perlukan air untuk minum.

Zasss!

Satu sebatan hinggap ke badan Chot. Tercirit Chot lari menyelamatkan diri.

"Bagero punya kucing, gua bikin itu air mau minum petang paneh-paneh ni dia boleh kasi jatuh. Ciss, paneh gua, PANEH!'

Chot sempat menyelamatkan diri. Setelah dirasakan dirinya jauh dari wanita itu Chot berhenti. Chot pandang belakang tepat kearah wanita itu.

"Meowwrrr..!" Chot cuba memberi amaran. Suatu hari nanti Chot akan kembali membalas dendam. Sebat perlu dibalas dengan cakar rimau.

1 comment:

mr sap said...

lu punya cerita boleh buat mini komik mcm dlam Gempak.