10/23/10

Mamak United

Senario bolasepak Malaysia yang kian lama tiada perubahannya membuatkan ramai yang tidak mahu menonton. Yang ke stadium berapa kerat sahaja, itu pun dikira sekali dengan tukang kutip bola, makcik sapu sampah, penjaga stadium dan polis keselamatan. Yang lain pula lebih selesa di rumah atau kedai mamak layan EPL atau Champion League. Jika mahu lihat stadium penuh dengan penyokong tunggu sampai peringkat yang lebih tinggi bermula dengan suku akhir. Baru semangat tu timbul. Masa itu la nak letak gambar profil dalam Facebook gambar bendera negeri atau logo kelab.

Dilihat dari segi pemain pula main macam tak bersungguh. Agaknya kalau ditayang duit oleh pengurus di luar padang baru nak main bersungguh, macam pemain EPL tu. Langsung tiada efort nak main ber'style' sikit, sikit pun jadi la. Passing, dribble, shooting segala macam barai. Tapi kadang-kadang kalau gol tu cantik pula. Macam separuh akhir kedua yang aku nonton malam tadi, Kelantan lawan Kedah. Gol si Shahrul tu bukan main lagi cantiknya, pemain EPL pun tak buat lagi musim ni dengan gol tendangan sudut yang lencong terus ke gawang.

Jika itu bab pemainnya, ini pula berkaitan penyokongnya. Pemalas. Semua hendak tunggu perlawanan penting baru hendak sokong pasukan masing-masing. Sokongan disini termasuklah buka telivisyen menonton perlawanan, kiranya sokongan dari jauh. Malam tadi setelah aku menjual kamera kepada Daus aku kata nak nonton perlawanan Johor FC dengan Negeri Sembilan. Habis pusing dah area Wangsa Maju, tidak jumpa satu kedai pun yang buka perlawanan Piala Malaysia. Rata-rata tayang EPL. Macam gampang perangai kedai mamak. Buka sekali je apa salahnya.

Akhirnya aku jumpa juga kedai yang tayang Piala Malaysia, kedai Maidyn namanya. Terharu dan sebak didada sebab jumpa ada kedai yang buka siaran Piala Malaysia. Tapi masalahnya kedai Maidyn buka perlawanan Kelantan lawan Kedah. Sedih. Tapi aku nonton juga untuk melihat permainan pemain negara. Dua-dua pasukan main macam tak seberapa, tapi aku melihat Kelantan lebih bagus sedikit. Itu pun setelah masuknya Akmal Rizal dan S.Chanturu. Kelantan menang dan dapat pergi ke peringkat akhir dengan gol yang cantik dari Shahrul.

Adakah scene bola sepak negara akan terus jadi sebegini rupa? Bila liga Malaysia hendak menjadi bagus, sekurang-kurangnya seperti liga Jepun cukup la. Hendak seperti EPL duit kerajaan bukannya senang nak buat yang lebih maju. Asyiknya suruh pemain bermain demi negara, duit tu perlu ada juga. Jika diluar pemain bola sepak itu adalah satu profisi atau pekerjaan, disini aku lihat mereka hanya seperti pekerjaan sampingan.

Aku mengharap suatu hari nanti scene bola sepak negara jadi lebih maju, mungkin ada Rooney, Cristiano Ronaldo, Messi, dan Henry versi Malaysia. Aku akan tunggu dan lihat.

No comments: