10/10/10

Kalerama 2010


Memang jarang atau boleh dikatakan tidak pernah aku ke gig yang berunsurkan elektronik,chiptune dan bunyi-bunyi disko segala. Kalau lagu-lagu begitu ada menerapkan unsur-unsur agama macam nasyid memang dah lama aku datang berpakaian 'indie'.

Atas ajakan ramai pihak aku menjejakkan kaki di One Cafe, Jalan TAR. Disebabkan aku tidak berapa fasih jalan bandar Kuala Lumpur, sesat jalan itu sudah menjadi biasa. Akan tetapi akhirnya aku akan kembali kepangkal jalan kembali.

Kalerama?

Boleh tahan juga 'event' ni, maksud aku awek-aweknya. Terliur melihat awek-awek yang hadir. Sememangnya aku langkah kanan. Boleh mencuci mata nampak gayanya.

Adalah diwar-warkan kepada aku 'event' mula jam dua petang, akan tetapi bermula pada jam tiga lebih. Mungkin untuk 'set-up' barang-barang yang belum siap. Payah juga nak buat gig-gig yang berbunyi elektronik ni rupanya. Segala mesin aku lihat diatas pentas. Dari sebesar-besar amp hinggalah sekecil-kecil Nintendo. Ya, mereka main musik pakai Nintendo. Tit tut tit tutt bunyinya. Menarik.

Yang menarik perhatian aku pada 'event' ini adalah kerana melibatkan orang-orang dari luar negara. Ada la dua tiga pihak dari Indonesia dan seorang dari France yang memakai baju sama seperti aku, gambar ayam.

Lagu-lagu yang dimainkan juga boleh tahan sedapnya. Menarik perhatian aku yang berjiwa rock. 'Crowd' berdansa tak henti-henti. Lagu pun macam-macam, siap ada yang main lagu Wondergirl. Main lagu ni memang boleh buat 'crowd' menaik 'feel'nya. Bukan main lagi tepuk ikut rentak, nari yang aku tak dapat terangkan gerakannya. Nice!

Lepas Magrib aku terpaksa beransur, meninggalkan band rakan sejawatku, Dramatic kerana terpaksa menghantar rakan pulang ke rumah. Ada jejak kasih bersama abang dari France.

Sebuah 'event' yang bagus dan mungkin perlu diadakan setiap tahun bagi memperkenalkan musik sebegitu rupa. Kreatif dan pelbagai. Thumbs up untuk penganjur. Lain kali aku datang lagi.

No comments: