8/3/10

Mesyuarat Pertama Persatuan Bekas Perajurit K28

Persatuan Bekas Perajurit K28 atau dikenali dengan nama glamornya Persatuan Bekas Jejaka K28 bukanlah salah satu cabang dari MLM, tiga line mahupun Puteri UMNO. Ia ditubuhkan bagi memperingati perjuangan bekas-bekas perajurit atau jejaka K28 dalam menangani masalah remeh temeh yang mereka hadapi seperti masalah percintaan, permotoran dan kegawatan ekonomi. Seperti contoh, masalah kehilangan kunci di lubang jamban dan putus cinta kerana mati pucuk.


Radzi

Mesyuarat pertama telah dipengerusikan oleh Radzi 'Gengster Ampang'. Tempat mesyuarat yang memang gampang sekali telah dipilih oleh beliau, Tesco Ampang. Tak 'true' langsung. Alasan yang diberikan Radzi adalah kerana keselamatan dan kerahsiaan mesyuarat ini. Kalau dibuat di Malis atau Williams nanti akan senang dikesan FBI dan CIA.


Udi membetulkan cermin mata tanda serius semasa mesyuarat dijalankan

Waktu mesyuarat bermula jam 8.30 malam tetapi ada ahli lain yang datang lewat kerana hal-hal duniawi. Perbincangan yang cuba dikeutarakan pada kali pertama ini adalah mengenai hukum halal haram pergaulan dan masa depan negara. Perbincangan yang sangat membina ini membuatkan kesemua ahli menaik, semangat perajurit masih ada dalam setiap ahli. Walaupun ahli yang hadir adalah tiga sahaja, ahli-ahli yang lain telah menggunakan panggilan video dalam mesyuarat yang pertama ini. Inovatif, kreatif dan dinamik sungguh ahli-ahli Persatuan Bekas Perajurit K28.


Anip selaku ketua bekas perajurit K28

Mesyuarat telah tamat dengan jayanya pada jam 10 malam dan telah mencapai objektif sebenar mesyuarat ini, iaitu makan-makan, lepak, berborak dan shisha. Selesai sahaja mesyuarat masing-masing pergi membawa haluan sendiri, seperti tiada apa yang berlaku.


5 comments:

Tok Rimau said...

Dah macam orang lipis punya tulisan.

Anip said...

aduhh tok.lipis dah beri saya kesan serba sedikit.tapi takde la perkataan keh, aok segala.

ANIS HJ SUKARTI said...

uitt.. apa kes la korg ni.. anip asal kau dh lain.. kau wat pembedahan plastik ek? kui3..

Anip said...

mana ada.kenapa dengan diriku ini?

ANIS HJ SUKARTI said...

kau dh xbleh dipanggil anip si putih lagila... kna tukar nama.. anip si itam.. hehehe