8/5/10

Konsert Selasih di Sanwei



Crowd yang ada pada malam itu. Jangan hanya fokus pada yang dua tu je. Yang dua tu hanya hiasan semata-mata.



Amy selaku imam pada malam Jumaat itu membuka tirai dengan membawa isu rasuah. Memang 'care' juga si Amy menyampaikan ceramah sambil pakai singlet tayang ketiak. Amy kata kalau pakai sopan-sopan, cakap lembut-lembut memang tak menaik nanti.



Ketika sedang beraksi di pentas, secara tiba-tiba Amy membuat riak wajah meneran berak. Adalah dipercayai kerana makan di kedai mamak sebelum konsert, Amy sakit perut. Amy bernasih baik kerana salah seorang krew ada membawa Pil Chi Kit Taun semasa konsert. Setelah makan pil Amy sambung semula persembahan dengan jayanya.



Selesai Amy membuat persembahan, Selasih masuk dengan songkok Johor stail tinggi tak ingat dunia. Katanya ini adalah trend songkok hari raya pada tahun ini yang bakal tiba.



Lagu-lagu dari pelbagai album telah dimainkan Selasih. Antaranya ialah Isabela, Sekuntum Mawar Merah dan Bunyi Gitar.



Selesai konsert Selasih mengucapkan selamat berpuasa kepada semua crowd. Tambahnya lagi, dia akan buat rumah terbuka aidilfitri pada raya ketiga. Selasih pulang pada malam itu juga ke kampung halamannya di Kokdiang. Katanya ada kenduri kahwin anak sedara.

No comments: