8/20/10

Halimah The Legend

Disebuah kampung terletak di pedalaman Kuala Lumpur, terdapat sebuah lagenda berkenaan Halimah Saadon. Adalah diberitakan Halimah seorang wanita yang paling cantik di Kampung Durian oleh kerana kecantikannya. Setiap lelaki yang memandang akan terngiur memerhatikan punggungnya yang montel,badan yang ramping dan kulit yang putih gebu. Tidak terkecuali juga wanita lesbian. Begitu cantik sekali sehingga dinyatakan setiap yang memandangnya jika sedang berjalan akan hilang daya fokus, boleh sampai masuk parit. Dia digilai lelaki dan dicemburui wanita di Kampung Durian tersebut.Dahsyat penangan yang ada pada Halimah.

Halimah bukanlah penduduk asal Kampung Durian. Halimah datang dari luar kampung dan menetap disitu. Tiada siapa tahu akan asal usul Halimah. Hal ini kerana tiada seorang pun yang pernah berborak, YM mahupun FB chat bersama dia. Halimah memang gadis misteri.

Di kampung itu Halimah mempunyai satu warung dan warungnya memang setiap hari akan penuh dengan pelanggan, lelaki. Lelaki-lelaki yang bertandang ke warung Halimah bukan atas dasar kelaparan mahupun dahaga tetapi atas dasar mencuci mata melihat lenggok seksi Halimah. Teruja. Tergoda. Sememangnya Halimah menjadi perbualan orang-orang Kampung Durian. Lelaki, makcik-makcik dan kanak-kanak pun tidak terkecuali. Menjadi impian setiap lelaki bernafsu tinggi untuk memperisterikan Halimah. Kiranya siapa yang dapat memperisterikan Halimah memang true.

Maka tersebutlah seorang lelaki kaya di Kampung Durian tersebut yang sememangnya angau akan Halimah. Tidurnya tidak lena, mandinya tidak basah kerana teringat akan Halimah. Setiap hari Tuan Edry akan ke warung Halimah untuk mencicipi hasil tangan Halimah sambil bermain mata dengannya. Seringkali juga jelingan dan senyum kambing Tuan Edry dibalas dengan senyuman menawan Halimah. "Ada can ni!", Tuan Edry begitu yakin untuk mendapat Halimah suatu hari nanti.

Tuan Edry dah bertekad. Air dah naik samapai kepala. Akan tetapi Tuan Edry tidak sanggup nak buat maksiat, nanti statusnya tercemar. Susah nak masuk politik. Maka Tuan Edry berjumpa dengan imam untuk mendapat pendapat. Adalah dinyatakan oleh imam berjanggut itu agar Tuan Edry cepat-cepat kahwin. Tuan Edry senyum. Disampaikan hajatnya kepada Halimah selepas berjumpa dengan imam tersebut. Tidak sabar-sabar gayanya.

Hajat Tuan Edry mendapat tindak balas positif dari Halimah. Halimah mengangguk, tanda setuju sambil pipinya merah tanda malu-malu kucing. Tuan Edry lompat kegirangan.

Persiapan segera dilakukan. Tarikh, hantaran, catering semua telah disiapkan. Tuan Edry tidak sabar untuk bernikah dengan Halimah, atau spesifiknya tidak sabar untuk malam pertama.

Harinya pun tiba. Pakaian telah siap disarung Tuan Edry. Segak. Kacak. Gaya macam pahlawan melayu. Majlis pernikahan dilakukan secara besar-besaran. Melodi pun dijemput sekali. Tuan Edry mahu tunjuk kepada orang kampung dia telah berjaya memenangi hati Halimah. Biar semua orang cemburu, pandang tinggi dengan kebolehan Tuan Edry. Majlis perkahwinan berjalan lancar.

Selesai majlis perkahwinan Tuan Edry dan Halimah mereka berehat dibilik dan membuka hadiah yang diberi tetamu. Halimah masih senyap. Tidak pernah sepatah perkataan keluar lagi dari mulut Halima sejak Tuan Edry kenal. Tidak mengapa Tuan Edry fikir kerana dia sudah dapat memperisterikan wanita pujaan setiap lelaki di Kampung Durian itu. Dan masanya pun tiba. Yang dinanti oleh Tuan Edry selama ini. Persetubuhan. Tuan Edry duduk disebelah Halimah sambil memegang bahunya. Halimah senyum. Lantas tangan Tuan Edry menjadi lincah dan aktif pergi ketempat lain pula di tubuh Halimah. Apabila hendak dibukanya baju Halimah, terdengarlah suara Halimah untuk kali pertama.

"Sabar nokk, kita mandi dulu la", garau-garau sikit suaranya.

Tuan Edry terdiam. Kaku tak berkata apa. Dalam dua minit selepas itu Tuan Edry pengsan. Sakit jantung. Keesokan harinya Tuan Edry meninggal kerana terkejut akan isteri yang baru dikahwininya rupa-rupanya seorang bapuk bernama Halim. Halim Saadon.

No comments: