Kalau dulu frasa 'Who's Your Daddy' amat popular dikalangan remaja-remaja zaman itu atau dalam perkataan lainnya orang-orang tua sekarang. Kalau tanya Tok Rimau barangkali dia sangat arif tentang frasa tersebut. Dan pada hari Selasa kelmarin seorang fotografer handalan yang menetap di Wangsa Melawati telah mengeluarkan semula baju 'Who's Your Daddy' ini tetapi dalam bahasa Melayu bagi generasi glokal masa kini menikmati citarasa brader-brader.
Baju yang bertajuk 'Siapa Bapak Mu?' ini kalau didengar orang mungkin akan kata gampang sungguh orang yang design baju ni. Dengan bergambarkan orang tua yang digelar Pak Long sedang mengangkat tangan sambil tergantung kamera SLR di bahunya memang care' sekali. Edisi terhad baju Siapa Bapak Mu ini kalau sesiapa yang pakai memang orang yang lihat tabik langit punya. Senang cerita orang tu memang gengster true.
Jo, bukan nama sebenar telah mendapat ilham membuat baju ini setelah mendapat pengalaman menjaga bayi keduanya selama dua minggu berturut-turut. Entah sinar ufuk apa yang telah membuatkan Jo terbuka hati untuk membuat baju yang serba cantik serta gampang ini. Kalau kalian ingin mengetahui selanjutnya mengenai baju ini sila ke BLOC. Segala maklumat dalam dwibahasa disediakan agar semua golongan umat dapat memahami. Adalah disarankan agar kalian cepat-cepat sambar sebelum menjadi hambar di kemudian hari kerana atas penelitian George Soros baju ini akan laris macam pisang goreng.
No comments:
Post a Comment