6/15/11

Jatuh Eskelator


Tempoh hari aku teman mak pergi cari tudung kat Kompleks PKNS, Bangi. Katanya tudung untuk majlis perasmian tertinggal di rumah. Mak aku ada kursus di Bangi, sebagai seorang taiko persatuan pekerja dia diwajibkan hadir.

Dipendekkan cerita, setelah mencari tudung mak nak beli kasut ditingkat dua. Naik tingkat dua kena guna eskelator atau tangga berjanakuasa elektrik.

Secara normalnya orang yang nak naik eskelator akan berkelakuan seperti gambar rajah diatas, tangan pegang benda alah tepi tu dan terus naik. Begitu jugalah mak aku. Tidaklah dia naik eskelator seperti perempuan pada gambar rajah di bawah, seram betul gayanya. Dan secara normalnya bila tangga bergerak naik benda alah tepi itu(tempat berpegang) turut seiring seirama naiknya.



Malang bagi mak aku, benda alah tepi tu tak bergerak. Tangan terpula 'termelekat' disitu. Diikutkan dari segi fiziknya jika badan bergerak keatas tapi tangan masih ditempat yang sama maka badan akan secara automatiknya akan terjatuh kebelakang dan itu lah yang terjadi pada mak.

Nasib baik ada member dia kat belakang tolong tahan badan mak. Lagi sorang pula pegang tangan kanan. Oh ya, tangan kanan mak ada gelembung air dek kerana kena minyak panas. Gelembung tu pun pecah.Pedih.

Aku?

Aku dah sampai awal diatas. Berlari mendapatkan mak aku.Tarik tangan kiri yang melekat di benda alah tu. Selamat mak tak tergolek di belakang. Niat di hati memang aku nak saman Kompleks tu. Sebabnya ada peniaga kata dah pernah berlaku kejadian sedemikian rupa. Tapi mak kata takpe, ini semua dugaan dari Tuhan. Aku relaks, sambung makan kuaci.

1 comment:

Bainun Waheeda said...

i pernah buat mak i jatuh kt eskelator jgk masaa umur 3 tahun . tera tak?