Sekarang demeh pakai hijab macam-macam stail. Ada sangkut sana, ada yang sangkut sini. Tidak kurang juga yang tergantung sana sini pada tudung. Itu belum masuk lagi aksesori yang digunakan. Meriah!
Dan minggu lepas ada seorang teman Tweet kan link tutorial memakai hijab.
Begitu banyak sekali video tutorial memakai hijab kalau dicari menggunakan Youtube. Diorang belit sana, belit sini. Macam-macam nama stail ada, lilit Pening Lalat misalnya.
Terlintas juga di benak fikiran aku "Takde ke tutorial memakai serban?"
Aku cuba mencari di Youtube dan jumpa beberapa video tutorial yang menarik. Begitu beza video tutorial serban dengan hijab. Tapi aku lebih tertarik kepada tutorial serban berbanding hijab hatta demeh letak wanita cantik sekalipun.
Beza yang paling ketara, video tutorial serban ni terselit unsur-unsur humor berbanding tutorial hijab. Tak percaya?
Nah aku bagi sedas video tutorial serban!
No comments:
Post a Comment