5/7/11
Jack The Ripper
Al kisah tersebut sebuah cerita di sebuah kelab malam di tengah kotaraya Kuala Lumpur. Set pada tahun 90 an. Malam minggu yang dipenuhi umat-umat yang dahagakan hiburan. Maka berduyunlah mereka, keluar mencari hiburan dan juga hilai tawa yang dapat memecahkan bingit-bingit kota yang sibuk ini.
Di satu sudut di sebuah kelab malam berkumpulnya orang-orang kaya. Berborak dan bergelak ketawa. Mereka mengadakan satu permainan gelak ketawa membuat lawak. Peraturannya mudah, setiap orang akan mengeluarkan RM10 dan dikumpulkan ditengah. Setiap orang akan membuat lawak masing-masing dan jika lawaknya menjadi, maka duit terkumpul itu akan dapat dimiliki. Sebaliknya, jika lawak tidak menjadi individu itu akan membayar setiap orang mengikut nilai yang terkumpul.
Permainan bermula dan setiap orang mencuba nasib untuk membuat lawak. Di sudut itu bising dengan ketawa dan tepuk tampar dek kerana lawak yang dibuat.
Sedang mereka bermain,datanglah Jack The Ripper. Bermata satu, bermuka bengis dengan rantai emas di leher. Jack ingin mencuba nasib. Dengan berpegangkan tin bergambar harimau, Jack duduk bersama di sudut tersebut.
Jack kata dia pun mahu mencuba lawaknya sendiri. Disebabkan sedang mabuk, Jack kata dia boleh menggigit bebola mata sebelah kanannya. Sememangnya semua sudah sedia maklum yang mata kanan Jack buta, cuma pakai bebola batu.
Tanpa memikir panjang Jack mengeluarkan bebola mata kanannya dan gigit sekuat hari. Ketawa, ahli-ahli meja tersebut ketawa sinis melihat gelagat Jack. Jack pun dapat wang terkumpul di atas meja. Permainan diteruskan oleh ahli seterusnya.
Selang sejam permainan, tibalah giliran Jack semula untuk membuat lawak. Siapalah Jack untuk membuat lawak kerana lawaknya tidak tumpah seperti Amir. Jack tidak putus asa, dia kata "Aku akan gigit mata kiriku" tanpa was-was.
Berfikirlah setiap ahli di meja tersebut, kalau mata kanan Jack adalah mata palsu, takkan lah mata kiri juga palsu. Kalau dua-dua mata Jack adalah palsu, bagaimana dia dapat melihat. Maka keluarlah setiap ahli angka yang lagi besar, RM50 setiap seorang dengan harapan lawak Jack tidak menjadi dan dia harus membayar setiap ahli dengan bayaran tinggi.
Tanpa melengahkan masa lagi Jack terus memulakan lawak seterusnya. Semua ahli memerhatikan gelagat Jack seterusnya. Dengan tanpa rasa bersalah, Jack cabut gigi palsunya dan menggigit mata kirinya dengan gigi palsu itu.
Jack dapat RM500 pada malam itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment