5/14/11

Fast 5,Inersia Dan Tarikan Graviti


Fast 5 lakonan Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne 'The Rock' Johnson dan Jordana Brewster telah pun di tayang di pawagam seluruh Malaysia. Diarahkan oleh Justin Lin yang juga mengarahkan Fast And Furious.

Pada keseluruhan ceritanya berkisar tentang plan Dominic dan rakan-rakan (termasuk adik dan ipar) untuk mencuri duit Reyes. Walaupun tujuan cerita ini tidak jelas, ianya agak menarik pada aku (merujuk pada awal cerita pada scene curi kereta di gerabak keretapi).Kaitan antara anggota didalam gerabak dan juga Reyes juga tidak diterangkan didalam penceritaan. Mengapa anggota tersebut merampas kereta Reyes sedangkan didalam cerita ini pengarah menonjolkan Reyes sebagai villain yang kebal dari segi undang-undang. Duit sendiri berbilion pun selamba simpan kat balai.

Pelbagai aksi lawan yang ok bagi aku walaupun Fast 5 mempunyai sedikit persamaan dengan Italian Job, mencuri peti wang dengan rancangan yang dirapi khas. Akan tetapi bagi aku Italian Job mempunyai penceritaan yang bagus dari Fast 5. Dan scene kejaran di rumah setinggan itu macam pernah kulihat sebelum ini, Bourne kalau tak silap.



Dan bagi peminat-peminat Fast and Furious sebelum ini mungkin ada sedikit kecewa kerana scene lumba kereta dan parti ramai-ramai di jalanan agak sedikit. Hilang sedikit daya penarik cerita ini. Akan tetapi ada beberapa part yang telah mengingatkan aku tentang fizik, inersia, tarikan graviti. Scene membawa peti wang di jalanan juga agak menarik dan terperinci (mengikut hukum fizik),mungkin telah dikaji terlebih dahulu. 

Dari segi cinematografi pula adalah seperti filem-filem keluaran Hollywood yang lain(tidak kesemuanya). Tiada elemen gambar yang berjaya menarik minat aku. Ada beberapa lawak yang diselitkan, kepada watak The Rock(Luke Hobbs) contohnya yang ingin mencari penterjemah dari kalangan pegawai polis biasa kerana sebuah senyuman. Bagi aku tidak perlu diselitkan humor kepada watak Hobbs kerana keseluruhan ceritanya dia hanya serius, serius dan serius. Pearce(Tyrese Gibson) sememangnya memberikan impak ketawa yang besar dalam cerita ini. Dengan memek muka dan pertuturan yang menggeletek hati.

Keseluruhan cerita ini bagi aku ok,tidak ku anggap bagus tapi ok. Untuk penonton yang gemar aksi-aksi tembak berlari ini mungkin sesuai bagi anda. Ni aku boleh la bagi 6/10 bintang dilangit.


No comments: