3/5/11

Tahlil Di Kuantan

Macaroni goreng, mee goreng, sate Zul dan mix grill menjadi santapan nikmat aku hari ni. Pergi ke Kuantan bersama Zaini untuk urusan tahlil arwah. Di sana aku hadirkan diri memakai kemeja hitam bercorak bunga berkain nipis. Di temani kanak-kanak kecil yang comel yang kerja mereka bermain sepanjang masa.

Sedang majlis tahlil berlangsung, telefon bimbit bergetaran. Jo.

"Dimana om?" Jo bertanya.

"Tahlil ni, tahlil" aku menjawab halus. Lantas Jo mengulangi soalannya sekali lagi.

"Mana?"

"Tahlil, Jo.Tahlil" tiga kali pertanyaan yang sama diajukan kepada aku.

"Haa?Mana?"

Untuk kali terakhir aku menjawab dengan sedikit keras "Di Kuantan, tahlil..!"

Brader dibelakang tenung tajam.

Selesai sahaja tahlil kami bergerak pulang ke Kolumpo. Belum sampai di rumah singgah di Selangor Mansion, ngeteh bersama rama-rama malam yang lain.

1 comment:

Unknown said...

adakah ini blog kepunyaan salah seorang admin sokernet?