"Apa dah takda menu lain ke selain dari ayam?" Muak, mual. Itulah keluhan Abu ketika ditahan di hospital dek kerana sakit perut mutawasitah. Marahnya beliau terhadap mutu pemakanan di hospital gomen memang cukup meluap-luap. Abu bukannya apa, dia cuma tertekan melihat daging ayam setiap kali hidangan diberikan, bukan tidak bersyukur tapi untuk masa depan pesakit-pesakit yang lain.
Abu yang sebelum ini penyabar orangnya menjadi tidak keruan setelah dimasukkan kedalam wad tersebut. Ditemani orang-orang yang lain pe'el membuatkan Abu tidak selesa. Ada yang suka berbogel, ada yang menjerit, ada yang berjalan bawak plastik taik dan tak kurang juga yang mengingau sampai jatuh dari katil. Setiap malam Abu tidak lena memikirkan perkara ini. Perubahan perlu dilakukan fikirnya lagi dan dia akan menjadi heronya. Hero yang akan mengubah suasana hospital menjadi ceria dan meriah.
Setelah seminggu Abu di hospital, tiba masanya dia dibenarkan pulang. Abu bukan pulang dengan kesenangan tapi dia mempunyai satu misi yang penting. Misinya untuk menghantar memorandum ke Jabatan Kesihatan. Satu misi yang penting untuk mengubah wajah hospital gomen kepada fresh dan ada sedikit 'hipe'. Antara permintaan Abu ialah makanan tahap hotel 3 bintang, penghawa dingin di setiap wad, televisyen, dan nurse-nurse yang seksi dan cantik.
Abu emailkan segala permintaannya mengikut stail gomen. Dengan harapan agar permintaannya dimakbulkan.
***
Setahun selepas memorandum Abu hantar ke gomen, semua hospital telah bertukar wajah. Misinya berjaya. Abu telah berjaya menukarkan suasana hospital yang muram dan suram kepada ceria dan meriah gamaknya. Dengan makanan bertaraf 5 bintang, nurse-nurse seksi berpakaian arnab dan tv HD di setiap wad.
Kini Abu mampu tersenyum, dia telah menjadi hero. Hero yang tidak ramai yang tahu dan tidak tercatat dalam buku rekod Malaysia mahupun buku Yellow Pages. Pesakit-pesakit di setiap hospital kini mampu tersenyum riang. Dan catatan bilangan pesakit juga bertambah diseluruh hospital gomen. Semuanya jasa Abu. Abu lah segalanya.
No comments:
Post a Comment