"Macam mana doc? Ok kan? Lepas ni saya boleh terus balik kan?"
"Balik? Kamu kena tinggal kat wad ni, kamu denggi, faham? Denggi ni bukannya cikedis"
Maka bermulalah episod 4 hari aku di HKL.
***
Isnin, 27 Disember 2010;
Hari pertama aku dimasukkan ke wad dek kerana demam denggi, dan yang sebenarnya pertama kali aku dimasukkan ke dalam wad. 'Seronok' bukan main lagi rasanya. Dengan muntah berdarah di HKL selepas buat pendaftaran aku di suspek kena denggi kerana platlet yang rendah, 9 je.
Tangan aku kena masuk air, bukan satu tapi dua-dua belah tangan kena cucuk air. Dah macam Wolverine rasanya. Dan hari pertama nurse dengan doktor di wad kebanyakannya ingat aku Cina. Wad yang sangat penuh dengan pesakit-pesakit dan aku diletakkan betul-betul di pintu masuk wad. Senang member nak datang melawat. Marini datang waktu petang bawa baju aku dari rumah. Luca, Haan Vovin, Yana, Mis dan adik comel menyusul kemudiannya.
Hari pertama, 5 orang doktor yang merawat aku.
***
28 Disember 2010
Masuk hari kedua, aku kena pindah katil ke dalam wad. Tempat yang lebih sesak dan penuh dengan orang sakit. Ada yang suka berbogel, ada yang susah bernafas, ada yang cakap sorang-sorang. Aku perhatikan satu-satu pesakit yang ada. Orang tempat kerja datang melawat, kawan UTM pun ada juga melawat.
Empat kali darah aku kena ambil. Dan aku bising dengan nurse,nak tukar tempat sebab katil aku tak selesa, panas. Malamnya, bosan. Tiada tv mahupun PS3. Yang ada India berjalan bawak beg najis kehulur- hilir. Malam ni aku tak dapat tidur. Aku minum air banyak-banyak dan ulang alik masuk tandas.
***
29 Disember 2010
Sarapan pagi makan roti dua keping dengan Nescafe, tawar. Macam dua hari lepas, hari ni pun bosan juga. Mata aku kuyu sebab tak boleh tidur, ada orang mengamuk tengah malam buta kat hospital. Ohh, ada mamat baru masuk dan diletakkan sebelah katil aku. Farid namanya, budak skinhead. Alasan dimasukkan ke wad sebab kena patuk ular. Datang dari mana ular tu? Dia kata ular masuk dalam rumah, tapi kawan dia bawak kan. Jadi dengan perasaan teruja Farid steady je pegang kepala ular tu. Dan-dan kena patuk sampai tangan dah jadi bulat macam tangan Doremon.
Mak, abang, kawan-kawan Farid datang melawat, begitu juga dengan famili aku datang dari Selatan . Seram juga tengok kawan dia ni, pakai kasut satu spesies dengan kasut kerja aku. Dalam borak-borak si Farid ni steady lagi nak beli ular rattle snake. Gila ular betul. Malamnya aku melayan tengok bola Suzuki Cup dengan Farid dekat wad jantung. Satu port yang amat tak strategik sekali nak tengok bola. Tak boleh menjerit, nanti pesakit mati terkejut.
***
30 Disember 2010
Hari keempat di wad ini, ahh..rasa mati kutu tahap melampau. Pagi-pagi buta lagi tangan aku dah kena cucuk jarum ambil darah. Doktor yang cek tanya aku ada hisap rokok ke tak. Aku hanya jawab 'ya'. Siap kena rampas lagi rokok aku, ingatkan sekolah je kena rampas rokok, sini pun kena. Ciss..
Aku tanya doktor agaknya bila aku boleh keluar. Doktor kata darah aku tak stabil lagi, tapi mungkin petang atau esoknya aku boleh keluar. Makan tengahari macam biasa, lauk ayam tak habis-habis. Sepanjang empat hari ayam je aku makan sampai bau badan pun dah jadi macam ayam. Habis makan aku baring, kenyang walaupun dalam hati dah sumpah seranah macam tiada lagi lauk nak bagi aku makan. Tiba-tiba doktor datang katanya aku boleh keluar dah. Sekejap betul doktor tu buat keputusan. Cepat-cepat aku kemas dan telefon mak bapak aku datang ambil.
Aku salam dengan semua pesakit yang aku pernah borak kat wad tu dan lambai tangan ke nurse. Tata..Sayonara Wad 18!
No comments:
Post a Comment