1/20/11

Ini Bukan Undian Politik,Ini Undian Kasih Sayang




Dua gambar diatas adalah milik seorang teman aku, Marini Rafar namanya. Gambar diatas sempena program "Seni Untuk AIDS" yang sedang berlangsung sekarang. Untuk kesedaran orang awam mengenai AIDS ni, mereka menggunakan cara yang lebih kreatif melalui pertandingan fotografi.

Pertandingan yang sudah sampai kemuncak final ni menyaksikan dua gambar Marini Rafar telah terpilih dan mungkin akan melayakkan dia untuk bergelar juara. Tapi Marini kata juara tak penting baginya, yang penting mesej yang disampaikan. Tersentuh hati aku mengetahuinya. Tapi apa-apa pun korang boleh undi dua gambar Marini Rafar ini di talian seperti tertera di bawah ini. Klik pada tajuknya.

Gambar pertama: " Masih Kecil Belum Mengerti "

Gambar kedua: " Buih-buih "

Untuk keterangan lanjut jangan segan silu lah melayari http://seniuntukaids2.blogspot.com

No comments: