1/19/11

Bapak Ayam

Nak menonton perlawanan Arsenal pagi tadi memang dah tak boleh bertahan lagi. Lagi-lagi untuk jam 5.15 pagi. Mata ni berat, asyik tertutup sahaja. Bingkas aku bangun ke kaunter, bayar untuk teh tarik dan sekotak Winston.

Aku pulang kerumah. Di meja hujung sekali di kedai Alima kelihatan seorang wanita, seksi pemakaiannya, gebu kulitnya, ditelinganya tersangkut anting-anting yang murah bersama dua orang lelaki yang besar dan berketul tubuh mereka.

"Macam mana ni?Tiap-tiap malam asyik kurang je" terpacul satu ayat dari salah seorang lelaki tersebut. Aku hanya memasang telinga, mendengar apa yang dikatakan mereka.

"Mana ada pelanggan sangat bang, sekarang ni semua naik. Harga petrol, gula, minyak masak pun naik. Living cost tinggi! Mana ada ramai orang yang nak melanggan saya" jawab sang wanita dengan penuh kenyakinan.

Sah, perempuan ni anak ayam. Yang lagi dua tu mungkin, diulangi, mungkin bapak ayamnya. Anak ayam sekarang pun sudah pandai, tau isu-isu semasa, tau perkembangan ekonomi negara. Jenis anak ayam educated barangkali, lepasan Universiti kebanggaan negara.

"Mana boleh kira macam tu, kau kena tingkatkan usaha! Cari ramai pelanggan" celah yang lagi satu. Makin lama aku dengar makin nak bertengkar jadinya.

Dengan bacaan Basmallah, aku pergi ke meja mereka. Ahh, aku tekadkan diri, benda-benda macam ni perlu dibendung!

"Abang-abang, dah nak jam 5.30 pagi ni. Apa kata dari bertengkar ni kita ramai-ramai pergi surau sembahyang Subuh"

Lantas bangun salah seorang lelaki tersebut dengan pandangan tajam, tepat ke muka aku. Dihulurnya buku lima ke arah muka aku.

"Kau nampak ni? Sekali aku bagi berterabur gigi kau!" abang ni nampak gayanya macam tidak berapa senang dengan pelawaan yang aku berikan.

"Ok, ok"

Aku berlari laju-laju masuk dalam rumah terus meluru ke katil dan tindakan seterusnya adalah tidur. Pagi tu aku terlepas sembahyang Subuh.

No comments: