30 Ogos 2010. Aku terjaga dari tidur jam 5.00 petang. Itu pun sebab wanita telefon aku. Kalau bukan kerana wanita memang aku tidak terjaga. Ada sepuluh panggilan yang tidak terjawab. Senarai nama ; Luca tiga kali, Udi empat kali dan Zan Zaini selebihnya.
Aku bangkit dari toto. Menghadap ke komputer. Online Fesbuk. Ahh..99 pemberitahuan. Aku lihat satu persatu. Semuanya komen di wall aku. Mengajak keluar malam merdeka. Sembilan puluh persen yang mengajak adalah wanita. Aku biarkan.
Malas sebenarnya aku hendak keluar malam merdeka. Bukan menaik sangat pun. Hanya mat-mat rempit dan minah menjolok mata sahaja yang dapat dilihat. Tiada anjakan paradigma langsung.
Sedang aku melihat komen komen mesra di wall, bersusun susun orang yang ingin berchatting diruangan bawah. Bertanya dimana keberadaan aku pada malam merdeka. Ada yang ajak racing, ada juga yang ajak dating. Aku buat tak endah. Tak penting itu semua.
Malam itu aku keluar juga. Tapi bukan atas pelawaan orang. Aku pergi ke Bukit Naga, Shah Alam. Jumpa member lama.
Sedang aku lepak berborak lebat dengan member aku, masuk satu pesanan dalam peti inbox Blackberi. Zan Zaini hantar pesanan.
"Lepak Daruss sekarang! Ada gadis gadis cantik ni"
Berderau juga darah aku baca pesanan Zan Zaini. Buat hati tak tenang. Tak senang duduk dibuatnya teringat gadis gadis yang lepak di Daruss.
Tidak sampai lima minit aku hantar member aku pulang ke rumah. Meneruskan perjalanan ke Daruss. Gadis gadis punya pasal aku pecut 180 kmph. Gadis gadis yang lepak di Daruss ni cantiknya bukan main lagi. Kecur juga bibir aku melihatnya.
Selesai lepak melihat gadis gadis bersama Zan Zaini aku pulang kerumah. Aku buka Fesbuk kembali. Melihat status status anak merdeka. Yang baru pulang dari kelab, parti dan berlumba haram.
31 Ogos 2010.
No comments:
Post a Comment