2/25/12

Cinta #1

Saban hari abang dapat lihat ‘scene’ cinta semakin ‘in’ di laman social. Baik dari segi agama yang di selitkan ayat-ayat dari Al-Quran, kata-kata hikmah dari ilmuan-ilmuan yang terkenal dan tak terkecuali luahan rasa hati.

Abang rasa cinta ni macam dah jadi keperluan, wajib dialami oleh setiap manusia. Baik dari sekecil budak sekolah rendah sampai ke tua kerepot percaya pada cinta. Si kecil ‘post’ mengenai cinta ibarat orang dewasa dan si tua pula seakan budak kecil mencari cinta monyet.

Terasa pula abang ni terasing sedikit kerana tiada seulit perkataan cinta di laman sosial abang.
Tapi itu bukan bermakna abang tidak pernah bercinta. Abang ialah seorang bekas ‘playboy’ berjaya di era remaja.

Pelbagai saiz perempaun pernah menjadi kekasih hati. Dari yang kurus tiang sampai lah semantap Kim Kardashian, semua pernah merasa.

Kisah cinta pertama abang adalah pada tingkatan empat. Masa itu badan gemuk, pipi tembam macam salah seorang ahli kumpulan Super Junior.

Dalam kelas, abang memang suka tempat sebelah tingkap. Rasionalnya duduk sebelah tingkap ialah abang dapat angin dari luar dan ‘usha’ awek lalu lalang. Awek lalu je abang tengok atas bawah. Begitulah fokusnya abang pada perempuan, tidak pada pelajaran.

Awek pertama pun kenal masa dia lalu di depan kelas, abang jeling dan senyum kat dia. Respon tu ada. Dia balas senyuman abang. Hati berbunga. Itulah langkah pertama. Dan abang hanya senyum bila nampak dia selama setahun lebih. Senyum, senyum, senyum macam kambing.

Setahun lebih untuk abang ambil keberanian bagi nombor telefon. Itu pun ‘pass’ pada kawan dia. Pula tu bagi nombor telefon rumah.

Langkah kedua menjadi bila dia telefon rumah abang. Makin berbunga hati ini bila dapat panggilan telefon. Maka ‘scene’ bergayut dan menaikkan bil rumah meningkat. Mak marah dan abang tukar port ke depan rumah, telefon awam.

Tahukah anda perasaan pertama kali mendapat awek?

Masa tu rasa dia lah bakal isteri, pasangan sehidup semati kita. Tapi itu semua dusta belaka. Setahun je hubungan itu dapat bertahan. Lepas itu putus, abang jadi kurus dan bermula lah dunia ‘playboy’ abang. Hahaha.

No comments: