5/1/11

Kluang 2.0

Semalam aku lepak di bandar Kluang bersama rakanku. Sudah lama rasanya tidak pulang ke kampung halamanku ini. Aku dapat lihat banyak perubahan yang berlaku sejak 5 bulan aku tak pulang.Terlampau banyak.

Dulu masa aku kecil-kecil hanya ada sebuah plaza di Bandar Kluang. Plaza BCB namanya, inilah tempat budak-budak melepak,membeli belah,mencari pasangan,menyebarkan dakyah dan macam-macam lagi aktiviti yang membina jati diri remaja Kluang.

Kalau dulu aku selalu datang BCB sebab hendak meluangkan masa bersama rakan sebaya dengan bermain bola. Di kedai yang aku sudah lupa namanya memang menjadi `port` aku dan rakan-rakan main Winning Eleven. Kalau kedai game tu tutup maka aku ke tempat ´underground´ jumpa Vincent,seorang penjual bundle berbangsa Cina.

Tapi,sejak era 2000, BCB telah mengalami era kejatuhannya. Kemahsyuran tempat lepak remaja Kluang ini telah tergugat dengan kehadiran Kluang Parade. Dan yang terbaru pula ada Kluang Mall, lagi besar dan mempunyai suasana ala-ala Beverly Hills.Kiranya kalau lepak di Kluang Mall itu lagi hips suasananya berbanding  BCB.

Walau apa pun keadaannya, aku dapat lihat yang bandar Kluang ini sudah mula dan sedang membangun. Mungkin suatu hari nanti ada kereta terbang,robot sapu sampah, plaza membeli belah bertambah dan juga awek-awek hot mula berpeleseran di bandar ini.Mungkin.

1 comment:

Ariffin Janal said...

kluang semaju tu? gua tak sanggup tinggalkan kluang lepas ni.