4/11/11

Berlumba Kereta Di F1 Sepang


Minggu lepas aku ke Sepang, ada tugas sebagai pemandu disana. Dengan Amar si vokalis kumpulan kugiran paling sombong di Lipis.

Rumah Bart Kotey menjadi persinggahan. Kawasan perumahan yang boleh dikatakan Bandar Afrika. Rumah tiga bilik, dua bilik air dan sebentang sejadah. Ya,aku masuk terlihat sejadah terbentang , seperti ada maksud tersirat kepada Amar.


Hari Rabu sehingga Khamis tidak begitu menyeronokkan melainkan aku diminta menghantar Team Lotus ke hotel mereka.

Jumaat, Sabtu dan Ahad adalah hari yang sibuk. Sibuk melihat gadis litar, orang-orang kaya dan juga ada Lee Chong Wei. Ferrari, Porshe dan Lamborghini banyak kelihatan, membuatkan kereta Wolksvagen kecil, lebih kecil dari Kancil.

Aku jumpa Schumacher, ada Najib, Lee Chong Wei, anak tokei Naza dengan awek seksi. Oh tidak lupa ada Rain yang lalu lalang di parking.

Ahad malam dapat duit terus balik, menyantap steambot di Cheras. RM14.

No comments: