2/19/11

Terima Kasih Cinta Lynda Dan Nini Marini




Apa kaitan antara tiga gambar ini?

Ini aktiviti aku untuk hari sabtu, 19 Februari 2011. Tersedar dari lamunan jam 1 petang, aku persiapkan diri ke Istana Budaya. Jemputan dari Sultan Muzaffar aku penuhi dengan hati yang riang sambil menggalas sebuah D90 pinjaman Vovin. Di meja media, kelihatan Ajami dan Sultan Muzaffar sedang setia menunggu tetamu. Ceria menyambut kedatangan aku. Terima kasih keatas kalian kerana menjemput ke Teater Terima Kasih Cinta. Sebuah teater bertemakan cinta yang di tonjolkan dalam bentuk muzikal. Jalan cerita yang menarik, menampilkan empat buah cerita cinta yang di sembahkan dalam sisi yang berbeza.

Setelah itu aku ke Bangi. Buah hati sedang sakit, tak baik-baik dekat seminggu lamanya. Dengan pecutan Kancil aku kesana untuk dihantarnya ke klinik. Bukan sahaja tuan punya badan sakit, malahan dengan telefon bimbitnya sekali. Bukan main geram tak kepalang dibuatnya. Selepas pemeriksaan yang memakan masa tak sampai 10 minit (aku rasa ini servis doktor paling laju dalam sejarah,tahunya nak duit) kami beredar mencari tempat makan untuk mengisi perut yang masing-masing kebuluran. Dimasa yang sama aku menerima pesanan ringkas dari Nini Marini, "Jom ke KFC Wangsa Maju, makan-makan untuk birthday aku".

Aku terus ke Wangsa Maju setelah mendaratkan buah hati di KPTM. Dengan kepulan asap menjadi peneman, rasa aman walaupun jarak dari Bangi ke Wangsa Maju itu jauh. Aku terlepas acara makan-makan di KFC, tetapi dapat bersama Nini Marini dan rakan-rakan bermain boling di Wangsa Walk. Status juara kelab aku bawa untuk permainan malam ini. Ternyata skil aku telah lumpuh sepenuhnya. Sebagai gadis hari jadi, Nini Marini kelihatan ceria yang amat. Bersinar mukanya. Masing-masing gembira walaupun aku tahu jari  masing-masing sakit melontar bola boling, dan ya, itu termasuklah aku. Habis permainan aku balik kerumah, dengan peluh melekat didada.

Terima kasih Ajami dan Sultan Muzaffar,  terima kasih Ros, terima kasih Nini, TERIMA KASIH CINTA.

No comments: