2/26/11

Hos Bukan Sebarang Hos

Buat sekian kalinya aku menjadi hos secara tiba-tiba.Malam tadi di Maskara 26.Kali ni Vovin yang minta aku jadi hos setelah Bainun menolak atas alasan kecomelan. Dalam hati ni punya la berdebor sebab dah lama tak jadi hos.Gila apa majlis dah mula masa tu aku kena jadi hos.

Dengan steadynya aku kata "OK". 

Memang tak fikir panjang lebar dah.Aku ambil list persembahan dan aku taram je apa yang terlintas kat kepala otak.Ada la sikit lawak jenaka yang kadang-kadang tak berapa nak menjadi.Menggeletor punya pasal habis aku salah sebut persembahan.

Siap ada brader tegur "Shiro tak pakai topi ke hari ni?" semasa aku perkenalkan diri.Entah masa bila shiro pakai topi pun aku pasti.Atau mungkin dia maksudkan shiro yang lain.

Ada juga aku terdengar bisik-bisik disekeliling menyebut nama aku.Agaknya janggal melihat kelibat aku berbicara dihadapan di acara-acara sedemikian rupa.Memang aku jarang berada dihadapan ramai orang di majlis-majlis seni.Selalunya kalau di majlis agama mungkin kerap kali aku ada.

Sedang aku buat pengumuman, si Fynn belum habis setting.

"Ahh sudah".Aku nak cakap apa pun dah tak reti.Tengok list dan aku ulang benda yang sama,nak kaver masa punya pasal.Berdebor tu sampai kesudah tak hilang,mana taknya kalau dah kat depan ramai orang.Tapi alhamdulillah aku berjaya juga selesaikan.

Sampainya aku dirumah aku cek email ada jemputan jadi hos Oscar Award.Woww,power rupanya aku bila jadi hos.

1 comment:

Aliaa said...

haha .jadi hos utk oscar award tuh tak menahan .