1/3/11

Epok-epok Mak Semah The Killer

"Ana, mari sini Nak. Mari tolong emak buat epok-epok" pinta Mak Semah kepada Ana, anaknya yang berusia 9 tahun.

Mak Semah hidup dalam serba kesusahan, walaupun rumahnya terletak di Mount Kiara tapi Mak Semah tinggal di rumah yang serba kecil. Di perbuat dari kayu, beratapkan nipah, satu-satunya rumah 'rare' di Mount Kiara.

Dengan menjual epok-epok inti daging dan kentang yang padat, serta terdapat telur belah tiga suku dalam karipap, Mak Semah menyara kehidupan dia dua beranak bersama-sama Ana. Ana, baru sahaja darjah 3 sudah tahu mengenal erti kesusahan, sebagaimana susahnya membuat epok-epok. Setiap hari Ana akan keluar menolong Mak Semah menjual epok-epok. Dua beranak ni memang terkenal di Mount Kiara dengan keenakan epok-epok inti daging dan kentang bersama telur potong tiga suku. Siap ada 'fan page' Epok-epok Mak Esoh di Facebook.

Di sekolah, Ana sangat terkenal dikalangan rakan taulan dan guru dek kerana powernya epok-epok yang mak dia buat. Walaupun tidaklah sekaya Paris Hilton, seseksi Angelina Jolie, se-hot Kim Kardashian dan seputih Nora Danish, Ana suka membantu kawannya. Kalau rakannya tiada berduit Ana akan hulurkan singgit, kalau rakannya menangis Ana lah tempat dipinjam bahu, kalau tak siap kerja sekolah? Ana akan kata "Lu buat sendiri!".

Ana rajin ke sekolah, katanya mahu jadi Chef terkenal macam Chef Wan. Tapi Ana tak nak jadi macam Chef Wan sangat, sebab mulut dia tak reti nak berhenti cakap. Dalam kelas Ana lah 'King Of Study', 'King Of Number 1' dan 'King Of Gossip'. Semua orang kagum akan Ana. Kalau boleh semua nak sujud kat kaki Ana, seorang anak miskin yang berjaya dalam pelajaran.

"I jeles u tengok si Ana tu. Asyik dapat nombor satu je dalam kelas. I ni dapat juga nombor satu, tapi dari belakang la", rungut rakan sekelas Ana.

Seperti hari-hari lain, sebelum pergi kesekolah Mak Semah akan meminta Ana tolong jualkan epok-epok di sekitar Mount Kiara. Dan seperti biasa juga, Ana steady je jerit "EPOK-EPOK, INTI DAGING, KENTANG DAN TELUR POTONG TIGA SUKU! KAMI ANTI EPOK-EPOK INTI ANGIN".

Sedang Ana berjualan langsung, dari belakang, terdengar deruman enjin yang kuat. Vroomm..Van. Van tu berhenti di sebelah Ana.

"Dik, dik, meh sini sat", seorang brader memanggil Ana.

"Nak beli epok-epok ke brader?", tanya Ana.

Brader tersebut senyum, senyum sinis. Dibukanya pintu van dan ditariknya Ana kedalam. Ana kena culik!

2 comments:

ANIS HJ SUKARTI said...

uishhh.. citer tak habis nie.. next2.. caner ngan ana tu??? ngeeeee

Anip said...

cer citer,cer citer.haha.nanti ye.bos dah tengok lain macam tadi,kena ending kat situ jap.haha