Disebuah rumah usang di Bangi, van yang menculik Ana berhenti. Brader yang menculik Ana melihat keadaan disekeliling. Takut-takut ada yang mengekori mereka. Jeling punya jeling, si Brader terlihat mata di cermin pandang belakang. Terkejut bukan main lagi. Rupa-rupanya mata si Ana.
"Ciss..Buat terkejut aku betul la budak ni. Celaka.", ujar si Brader tidak puas hati atas tindakan Ana yang menjeling ke cermin pandang belakang. Brader takut kalau tiba-tiba dia jatuh hati pada Ana sebab orang tua-tua kata dari mata jatuh ke hati.
Ana diikat tangannya, ditutup mulutnya dengan plaster, kakinya pula diikat pakai tali pinggang. Tiada apa yang boleh dibuat oleh Ana.
Oh, sebelum itu terlupa pula nak memperkenalkan lagi seorang watak jahat dalam cerita ni. Ali, Ali namanya. Rakan karib kepada brader sejak dari tadika lagi. Mempunyai parut di muka dek kerana di cakar kucing. Seorang yang rajin, berdedikasi dan komited terhadap tugas. Berpengalaman 3 tahun dalam bidang penculikan dan pemerasan.
Ana telah dibawa kedalam rumah usang tersebut oleh Brader dan Ali. Diletaknya Ana diatas sofa yang empuk. Walaupun mereka menculik tetapi kebajikan mangsa tetap akan dijaga. Satu sikap terpuji bagi mereka walaupun bergelar penculik.
Plaster di mulut Ana dibuka, sakitnya bukan main kerana ditanggalnya secara kasar. Habis kumis-kumis halus dibibir Ana tercabut.
"Ouchh, sakitnya!", jerit Ana tidak puas hati.
"Shhh..Diam, diam!", balas Brader dengan muka garang sekali, sambil kunyah epok-epok sedap buatan Mak Semah.
Ana tidak mempedulikan amaran itu. Marah tidak terkata kerana baju sekolahnya belum dibasuh lagi. Nanti nak pergi sekolah macam mana kalau baju busuk. Nanti Ana akan diejek rakan-rakan, keluhnya dalam diri.
"Apa yang anda semua nak dari aku? Aku cuma insan biasa tau!", rayu Ana agar dia dapat dilepaskan.
"Shhh..lagi 5 minit aku beritahu", balas Brader dengan suara halus, tidak seperti tadi meninggi suara kepada Ana. Mungkin Brader sudah tenang jiwa dan raga.
"Kenapa perlu 5 minit? Haa,bagitau aku cepat! Cer citer, cer citer!", tambah Ana lagi.
"Sekarang ni orang tengah Azan, kau pekak ke apa? Sekali aku tampor terburai gigi", balas Brader sehingga menusuk kalbu Ana. Terdiam, Ana terdiam tak terkata. Macam mana la dia boleh tak dengar Azan Isyak sedang berkumandang. Malu, Ana hanya terdiam tak terkata. Muka Ana merah tanda malu tersipu-sipu. Comel betul.
No comments:
Post a Comment