12/6/10

Suasana Opis (Bhg 2)

Selasa, 6 Disember 2010.

Jari jemari jam menunjukkan tepat pada angka 6. Aku kemas meja, tekan butang shutdown pada skrin komputer, zip beg kamera dan terus kebawah. Ke kereta di tepi jalan. Hujan. Renyai-renyai tapi cukup untuk membasahi bahagian zip seluar kerja warna cokelatku, kelihatan seperti kencing dalam seluar.

Bergegas aku menekan punat hijau di kunci kereta. Masuk dan tutup pintu. Enjin kereta dihidupkan. Mak aku pesan, "Panaskan enjin sebelum masuk gear satu ye Nip". Sememangnya aku ingat pesan itu sampai ke hari ini. Rokok Domingo dikeluarkan, ditarik satu wraper dan diletakan tembakau yang asli. Aku gulung, perlahan-lahan dek kerana tidak berapa mahir lagi dalam aktiviti pergulungan ini. Rokok sudah siap, walaupun tidak kemas tapi boleh la dibuat hisap.

Pemetik api dikeluarkan. Dihulurkan muncungnya di hujung rokok. Tiba-tiba, enjin kereta berhenti beroperasi. Aku pulas sekali lagi suis hidup enjin. Hidupnya riwayat kereta aku sebentar sahaja, kemudian ianya mati sekali lagi.

"Wadefak? wadefak?" seraya aku bermonolog dalaman kerana geram. Terkejut kerana tidak pernah berlaku seperti ini. Aku lihat di meter hadapan aku. Kosong. Petrol kereta aku kosong. Fak! Harga petrol sudah naik kereta aku pun pandai meragam. Nasib baik aku berjaya mengawal jiwa, raga dan nafsu amarah aku dari beremosi seorang diri dalam kereta. Jika tidak agaknya stereng aku pun tertanggal dah sekarang ni.

Aku bergegas masuk ke dalam opis. Ahh..ada Hafiz, aku pinjam motor Krissnya dan juga aku pinjam botol milik macha di bengkel bawah.

"Bos, ada botol kosong mau isi minyak?Kereta aku sudah habis minyak la"

Entah kenapa aku panggil dia bos pun aku sendiri tak pasti. Tapi pada saat yang genting ini aku dah tak fikir itu semua. Aku masukkan kunci motor itu ditempat hidupkan enjin. Aku pulas ke kanan. Kaki sudah di starter. Aku tekan sekuat yang mungkin. Hidup! Ajaib juga kerana aku sudah lama tidak membawa motor. Sekejap sahaja hidupnya, lepastu enjin motor pun mati. Macam kereta aku. Fak!. Perkataan tu terpacul sekali lagi. Mungkinkah motor ini pun senasib dengan kereta aku?

Aku terdengar bunyi tapak kasut di tangga, Hafiz turun. Tenang je mukanya sambil keluarkan sebatang rokok. Sambil bakar rokok dia kata "Lu kena bagi dia panas enjin dulu baru la boleh jalan brader". Ciss.. rupanya motor dia pun sama je fungsi macam kereta aku. Jenis kena kasi panas dulu.

Dalam masa lima minit aku menunggu penuh kesabaran. Ahh, perkara seperti ini enteng sahaja buatku. Aku naikkan tongkat dan pulas minyak. Kasi tes bunyi motor Kriss Hafiz, tengok perginya macam mana. Boleh tahan juga motor si Hafiz ni, dah macam motor mat rempit yang lumba malam minggu di lebuhraya persekutuan. Vroom vroom..aku masuk gear satu. Aku pulas. Tapi motor masih tidak bergerak. Pelik. Pelik aku dibuatnya. Enjin hidup tapi motor tidak bergerak. Jin apa yang kawal motor si Hafiz ni aku tak pasti. Yang pasti jin tu kuat. Boleh tahan motor dari bergerak.

"Brader.. Mangga kat tayar tu kasi cabut dulu la" suara Hafiz kedengaran lagi, kali ini lebih dramatik walaupun tenang.

Aku pandang bawah, nampak tayar depan motor ada mangga. Celaka, malu aku dibuatnya. Macam mana tak perasan ada mangga kat tayar depan pun aku tak pasti. Yang penting muka sudah merah. Buka sahaja mangga aku terus pecut ke stesen minyak. Isi RM5, cukup la untuk kereta aku bergerak ke stesen Petronas.

Sampai di opis aku masuk balik dan pulang kunci si Hafiz. Muka masing-masing di opis pelik. Macam tak pernah lihat orang pakai topi keledar. Mungkin terpegun melihat muka aku yang comel memakai helmet Bell si Hafiz. Aku senyum. Turun bawah dan isi petrol ke kereta.

Aku cuba hidupkan enjin. Lega, kereta aku dah ok kembali. Aku masuk gear satu dan terus pecut meninggalkan opis. Terlepas doa akhir tahun.

1 comment:

oh farah said...

haha. alasan.