9/23/10

Bila mata bertentang mata

Pagi itu Erwan bangun awal. Lari dari kebiasaannya yang selalu bangun apabila matahari dah tegak diatas kepala.

Hari itu spesial.

Erwan ada 'date'.

Jarang sekali Erwan meluangkan masa untuk keluar bersama wanita. Dalam sejarah hidupnya selama 22 tahun hanya seorang sahaja yang sudi keluar dengan Erwan. Itu pun kerana perempuan tersebut ingin memulangkan dompet Erwan yang tercicir.

Bukan Erwan tidak mencuba tapi mungkin nasib tidak menyebelahi dia.

Kali ini Erwan dapat berpeluang untuk 'date' buat kedua kalinya. Ini pun kerana Erwan letak gambar Brad Pitt sebagai gambar profil di Fesbuk.

Tempat perjumpaan yang telah ditetapkan oleh Erwan untuk berjumpa Juma di Alima. Tempat yang sesuai untuk 'chill' dan senang untuknya mengatur langkah. Lagi pula di situ ada Barbican, baru ada 'style' kalau nak bertemu wanita fikir Erwan lagi.

Jam 12 tengahari tepat Erwan sudah menunggu dengan ghairahnya di Alima. Dengan memakai baju yang telah dijanjikan dengan Juma, Erwan duduk sopan seperti yang diajar di Tv Pendidikan. Baju Paul Smith uptown dengan seluar Topman raya.

Lima belas minit kemudian Juma sampai. Anggun. Cantik. Bergaya.

Sememangnya cita rasa Erwan selama ini. Bersinar-sinar mata Erwan melihat Juma.

Juma duduk setelah bersalaman dengan Erwan. Nasi Goreng Kambing bersama Barbican Raspberry menjadi santapan pada tengahari yang sungguh romantis itu.

Mereka berborak rancak. Erwan mengatur langkah. Dia tidak mahu Juma terlepas dari tangannya. Segala teknik yang dipelajari dari senior dipraktikkan sepenuhnya.

Erwan mula menggunakan indera matanya untuk merenung mata Juma. Mata bertentang mata.

Tiba-tiba hati Erwan berdegup-degup. Kencang. Perasaan yang tidak pernah dirasanya selama ini.

"Adakah ini dinamakan dari mata turun ke hati?" fikir Erwan didalam hati.

Berbunga-bunga hati Erwan ketika itu. Tutur katanya lembut,lirikan matanya yang ayu serta rambutnya yang mengurai lurus membuatkan Erwan 100% jatuh hati pada Juma.

"U dah berpunya ke?" tanya Erwan

"Kalau dah berpunya takkan la nak keluar dengan U" jawapan balas yang membuatkan Erwan lagi menaik.

Malam itu Erwan tidak dapat tidur. Asyik terbayangkan wajah Juma. Tangan yang disalam pun tidak dibasuhnya. Tidak mahu hilang bau Juma ditangan Erwan. Biarlah tidak disisi, ada bau Juma pun sudah cukup mengubat rindu dihati.

Erwan tutup lampu. Dalam 5 minit dia tertidur. Senyum.

No comments: