8/11/10

Brader-brader Dibulan Puasa

"Abu, kalau kau nak jadi orang dewasa, sembahyang saf depan, ngeteh kat warung kopi dengan brader-brader kau kena sunat dulu".

Itulah kata-kata dari Osman yang selalu bermain diminda Abu. Abu baru sahaja masuk 12 tahun pada 12 Julai kelmarin. Memang cita-citanya untuk lepak dengan brader-brader dan dipandang tinggi oleh member-member. Abu selalu terbayang kalau dia ngeteh bersama brader-brader dia akan pakai baju pagoda, seluar potong dengan rantai besi di leher. Barulah true katanya.

Akan tetapi itu hanyalah angan-angan dia sahaja. Hakikatnya Abu memang selalu jadi mangsa buli kawan-kawan sekolahnya. Sepatutnya bukan perkataan kawan yang sesuai digunakan, mana ada kawan buli kawan. Setakat seluk tangan dalam lubang jamban memang sudah menjadi rutin harian Abu di sekolah. Kalau ada lebam-lebam tu pun biasa bagi Abu. Dan disebabkan itulah Abu ingin jadi brader-brader, agar dia tidak dibuli lagi.

Abu tidak boleh join brader-brader sebab dia tak sunat lagi. Walaupun dia sudah tahu menonton video lucah Maria Ozawa, minum air arak segelas dan menghidu haruman gam RM1, syarat utama brader-brader belum lepas lagi untuk Abu melayakkan diri kedalam scene brader-brader. Sunat.

Setiap petang lepas main bola, Abu akan lalu dihadapan warung Pak Ali Kontot untuk meninjau aktiviti-aktiviti brader-brader disitu. Ada yang bermain dam haji, berborak pasal janda Limah hujung kampung dan yang paling mengujakan Abu ialah minum teh tarik sambil hisap Suria. Sememangnya Abu ingin duduk sekali bersama mereka.

Sampai satu tahap dimana Abu benar-benar tekad untuk sunat. Biar dia pun boleh bersama-sama lepak dengan brader-brader. Gayanya memang dah tak dapat dibendung lagi perasaan Abu ni. Abu menyampaikan hasratnya ke mak nya yang sedang memasak di dapur.

"Mak, Abu nak sunat esok juga. Tak kira la sekarang ni bukan season orang bersunat pun". Mata abu memang bersinar-sinar bila menyampaikan hasratnya itu.

"Tak boleh". Jawab mak Abu selamba tepet.

"Kenapa?Bukan sudah sampai masanya Abu sunat kan kan?". Abu cuba pula teknik manja-manja.

"Sebab sekarang bulan puasa, mana ada orang sunat bulan ni. Nak makan penampar ke?"

Abu terdiam seketika. Dia lupa sekarang sudah masuk bulan Ramadhan. Impian Abu terbantut seketika. Lama lagi jawabnya untuk jadi brader-brader.

Abu pergi ke ruang tamu. Menghidupkan peti televisyen dan menonton cerita Shin Chan sambil menunggu waktu berbuka.

No comments: