Bilik yang gelap dipenuhi dengan bantal-bantal yang empuk dan tilam spring yang nyaman. Q bangun seperti biasanya. Mengeluh. Kenapa dia berlainan dari lelaki-lelaki lain di Malaysia bila bangun pagi. Orang lelaki kalau bangun mesti tegak, tapi Q lain. Dia tidak seperti lelaki-lelaki yang mendakwa diri mereka metroseksual mahupun transeksual.
Q terdiam seketika. Memikirkan perkara yang terjadi terhadap dirinya.
Mungkin dia istimewa kerana lain dari yang lain. Lain dan jarang dijumpai. Q merasakan dirinya adalah 'rare'. Dan kerana itu juga Q merasakan dia akan menjadi idaman wanita seluruh Malaysia.
Q tersenyum seorang diri. Masuk ke bilik air dan senyap begitu sahaja tanpa bunyi air mahupun bunyi berus gigi selama setengah jam. Puas.
No comments:
Post a Comment