9/8/10

Selamat Hari Raya

"Mak, nak lima posen" dengan nada tegas aku minta 50 sen dengan mak aku.

Muka sombong, tangan kanan. Walaupun dengan cara paksaan aku perlu ikut tata susila yang betul, tangan kanan. Afdal.

"Kau nak buat apa dengan 50 sen ni?" Mak aku bertanya untuk kepastian.

"Ada arr..Nak beli anu..anu.." Nak terang memang susah, kalau beritahu hal yang sebenar mesti tak dapat 50 sen.

Aku hanya terpaksa tukar muka jadi manja, jari telunjuk gosok-gosok di atas meja bagi menambah efek manja.

"Nah, ambik ni" Dengan muka riang tangan yang aku tadah tadi ada 50 sen.

Bergegas terus aku ke rumah Mak Cik Kiah untuk membeli barang yang aku inginkan. Mercun padi sudah dalam genggaman. Balik rumah muka memang riang ria sebab malam boleh main mercun. Kalau takde mercun nak dekat hari raya memang tak feel. Tak boleh join the club dengan budak-budak taman.

Malam tu aku berlari keluar dengan berkain pelikat cap Gajah Duduk dengan baju Pagoda pergi ke port yang biasa budak-budak taman kumpul. Masing-masing dah show mercun. Pesta bermula.

Pom!! pom!!

Macam-macam bunyi keluar, pelbagai warna dan jenis. Meriah. Tiba-tiba aku dengar satu suara memanggil.

"Ooo..kat sini kau rupanya. Ingatkan pergi terawikh. Boleh pula berpesta mercun" Demm, mak aku rupanya yang memanggil. Entah bagaimana dia tahu keberadaan aku ketika itu. Hendak dikatakan guna Google Earth memang belum wujud lagi.

Telinga aku kena tarik heret sampai ke rumah. Merah. Merah muka tahan malu dengan budak-budak taman. Ciss. Balik rumah macam biasa, kena sebat dengan rotan bulu ayam. Zaman sekarang susah nak jumpa rotan ni sebab kalau sebat sikit anak boleh buat repot polis.

Tapi sekarang feel nak main mercun tu dah takde. Dah besar-besar ni pening kepala pula nak bagi duit raya. Kalau masa kecik dulu memang aku kaki pow masa hari raya, kali ni aku pula kena pow. Jenis budak-budak sekarang kalau bagi seringgit memang kena cemuh jawabnya kau.Tapi aku sudah sediakan alasan kukuh untuk mengelak dari kena pow oleh anak buah. Kalau diorang minta duit raya aku akan jawab:

"Pakcik dah bagi guna Fesbuk, cuba cek game poker korang nanti ye"

No comments: