9/2/10

Bebelan Pipi Di Pagi Hari

"Kau ni tengok ke tidak cerita Korea ni?" tanya Pipi kepada aku kerana melihat aku mengguna komputer di meja depan sedangkan komputer ribaku sedang terpasang drama Korea.

Dah kebiasaannya kalau part-part yang aku tak berapa berkenan memang aku layan Fesbuk sebentar. Lihat status-status makwe. Kalau aku dengar macam dah sampai part bes baru aku sambung nonton kembali. Macam mana aku tau part bes? Sebab aku tau bahasa cinta.

"Lu tau tak membazir ni pasang drama Korea tapi tak nonton" Pipi sambung membebel lagi.

"Apa kena mengena biar laptop dengan membazir? Berapa watt je laptop tu hasilkan?" Aku terpaksa menggunakan ayat membela diri dari bebelan Pipi.

"Ahh.Takde takde. Membazir jugak. Tau nya tengok awek kat Fesbuk je" Pipi berseloroh lagi. Egois.

Aku senyum. Pipi keluar pergi Alima membeli Suria.

2 comments:

Tok Rimau said...

Dia nak pakai PC tu buat kerja. Lu ni kacau fokus dia.

Anip said...

dia ada pc kat dalam bilik tu haa.