Bandar itu dipenuhi dengan gadis-gadis. Mamat pelik kerana dia seorang sahaja lelaki di bandar itu. Mamat kebingungan. Berfikir sejenak, dari mana datangnya bandar yang penuh dengan gadis-gadis. Cantik berseri, begitulah gadis-gadis yang ada di bandar tersebut.
Setiap jalan, setiap kaki lima dan setiap lorong dipenuhi dengan gadis-gadis. Dan gadis-gadis yang terdapat di bandar itu cantik molek belaka. Mamat bagai tidak percaya, bagaimana ada bandar yang dipenuhi gadis-gadis cantik di dunia ini.
Walaupun bingung tapi perasaan Mamat tetap menaik. Melihat gadis-gadis yang cantik, mongel dan montok memang membuat perasaannya membuak-buak. Ini sememangnya impian Mamat sejak dari kecil.
Mamat cuba nasibnya di bandar itu. Alang-alang dah sampai di bandar penuh gadis-gadis, ada baiknya Mamat 'try' gadis-gadis tersebut. Dapat seorang dua pun jadi. Nafsu serakah Mamat memang membuak-buak dek kerana terlalu kerap menonton video Maria Ozawa di komputer ribanya.
Di lorong yang gelap, keadaan seakan-akan di Brikfil, Mamat lihat banyak gadis-gadis duduk di pintu. Seakan-akan menunggu kedatangan Mamat ke tempat mereka.
"Mesti tidak pernah ada lelaki yang menjejak kaki disini, sebab itu kedatangan aku bagai anugerah pada mereka" bisik Mamat dalam dirinya. Mamat benar-benar menaik.
Sampai di hadapan sebuah pintu berlampu merah Mamat terlihat seorang gadis yang memang kena dengan citarasanya. Badan ramping, tinggi dan seksi.
Mamat mencuba nasib. Mamat membuat jelingan manja terhadap gadis tersebut dengan harapan dia mendapat balasan yang positif. Harapan Mamat menjadi kenyataan. Jelingan manja di jawab dengan lambaian tangan gadis itu.
Mamat diajak masuk ke bilik wanita itu. Mamat senyum. Gembira kerana buat pertama kalinya dia berjaya mengurat gadis. Ini memang syurga, ujar Mamat.
Tanpa berlengah dan rakusnya mereka berpelukan. Adegan seterusnya tidak perlu dinyatakan atas dasar kemanusiaan.
Sedang Mamat hendak berbabring diatas katil kedengaran suara memanggil Mamat.
"Mamat..Mamat.." wajah ibu Mamat terpacul di depan mata. Gadis itu juga dan-dan hilang. Perasaan menaik yang bersarang di hati Mamat pula bertukar hambar. Mamat rupa-rupanya berada di mimpi lapisan kedua sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment