Kringg..kring..kringg..Jam lonceng M menjerit memanggil untuk bangkit dari mimpi basah yang mengasyikkan. Dengan mata kuyu, kulit lengan berbekas garisan dan air liur basi yang berjujuran mengalir dimulut M bangkit menekan punat jam loncengnya. Jam lonceng M jam digital. Bunyi pun ada efek-efek elektronik seperti artis O.
"Emm, baru 8.30 rupanya", M berkata seakan-akan tidak puas lagi untuk bermimpi kerana wanita dalam mimpinya adalah D, artis wanita baru naik dalam industri perfileman. Lengguk pinggul dan bibir seksi D masih lagi terngiang-ngiang difikiran M.
M bangkit dari tilam empuknya dan melakukan aktiviti rutin harian pada pagi hari, melihat 'wall post' Facebooknya. Memang M akan menanti agar ada gadis-gadis yang sudi mengajak M menonton wayang atau lepak berdua. Hari itu seperti juga hari-hari yang lain, kosong dan bersih 'wall' M dari komen gadis-gadis. Mungkin tidak hari itu M berkata pada dirinya untuk menyedapkan hati dan perasaan yang semakin hari semakin memuncak untuk mempunyai awek seperti rakan-rakannya di ofis.
M melihat jam loncengnya. Masih lagi 8.30 pagi. M pergi ke dapur, buat megi serta air teh. Memang itulah rutin harian M. Masih ada lagi setengah jam lagi, M goyang kaki sambil menyedut asap-asap Winston. Asap berkepul-kepul memenuhi setiap ruang rumah M.
Lagu Justin Bibir tiba-tiba kedengaran dari telefon bimbit M. Tertera nama G di skrin telefon bimbit. Segera M menjawab panggilan dari rakan sejawatnya yang banyak membantu M di pejabat.
"Kau tak datang kerja ke harini?"
"Datang la, awal lagi ni. Lambat lagi la nak 9.30", M menjawab penuh keyakinan. M memang pasti yang dia belum terlambat untuk ke opis.
"Laa..Dah pukul 10 ni, awal lagi apanya"
M melihat jam di skrin telefon bimbitnya. Memang benar, sudah jam 10 pagi. M cepat-cepat bersiap. Mandi kerbau, gosok gigi tanpa pasta gigi, serta baju yang tidak bergosok terus ke pejabat.
M dipanggil bos pagi itu. Balik rumah M buang jam loncengnya jauh-jauh.
No comments:
Post a Comment